MAKNA SYAHADATAIN

Oleh: Asy-Syaikh Dr. Shalih bin Fauzan al-Fauzan



MAKNA SYAHADATAIN
  • Makna Syahadat " Laa ilaaha illallah (لا إله إلا الله) " :
Iaitu beri'tikad dan berikrar bahawasanya tidak ada yang berhak disembah dan menerima ibadah kecuali Allah SWT, mentaati hal tersebut dan mengamalkannya. ( لا إله ) Laa ilaaha menafikan hak penyembahan dari selain Allah. ( إلا الله ) illallah adalah penetapan hak Allah semata untuk disembah.

Jadi makna kalimat ini secara ijmal (global) adalah, "Tidak ada sesembahan yang hak selain Allah ( لا معبد بحق إلا الله )". Khabar "Laa (لا)" harus ditaqdirkan "bi haqqi ( بحق )" (yang hak), tidak boleh ditaqdirkan dengan "maujud" (ada). Kerana ini menyalahi kenyataan yang ada, sebab tuhan yang disembah oleh manusia selain Allah itu banyak sekali. Hal itu akan bererti bahawa menyembah tuhan-tuhan tersebut adalah ibadah pula untuk Allah. Ini jelas merupakan kebatilan yang nyata.

  • Kalimah "Laa ilaaha illallah (لا إله إلا الله)" telah ditafsiri dengan beberapa penafsiran yang batil, antaranya:

[1]. "Laa ilaaha illallah" ertinya: "Tidak ada sesembahan kecuali Allah ( لا معبد إلا الله )" , Ini adalah batil, kerana maknanya: Sesungguhnya setiap yang disembah, baik yang hak maupun yang batil, itu adalah Allah.

[2]. "Laa ilaaha illallah" ertinya: "Tidak ada pencipta selain Allah ( لا خلق إلا الله )" . Ini adalah sebagian dari erti kalimah tersebut. Akan tetapi bukan ini yang dimaksudkan, kerana erti ini hanya mengakui tauhid rububiyyah saja, dan itu belum cukup.

[3]. "Laa ilaaha illallah" ertinya: "Tidak ada hakim (penentu hukum) selain Allah ( لا حكم إلا الله )". Ini juga sebagian dari makna kalimah. Tapi bukan itu yang dimaksudkan secara global, kerana makna tersebut belum mencukupi makna keseluruhan.

Semua tafsiran di atas adalah batil atau kurang. Diperingatkan di sini kerana tafsiran-tafsiran seperti itu ada dalam kitab-kitab yang banyak beredar. Sedangkan tafsiran yang benar menurut salaf dan para muhaqqiq (ulama peneliti), (tidak ada sesembahan yang hak selain Allah) = ( لا معبد بحق إلا الله ) seperti tersebut di atas.

(B). Makna Syahadat "Anna Muhammadan Rasulullah ( أن محمد رسول الله )"

Iaitu mengakui secara lahir batin bahwa beliau adalah hamba Allah dan RasulNya yang diutus kepada manusia secara keseluruhan, serta mengamalkan konsekuensinya: menta'ati perintahnya, membenarkan ucapannya, menjauhi larangannya, dan tidak menyembah Allah kecuali dengan apa yang disyari'atkan.